Nak kata aku kemaruk nak menulis ni tak la sangat. Tapi ada la dua tiga benda nak kongsi dengan korang semua. Hari ni dalam kelas aku belajar pasal seorang penulis wanita. Telah ditekankan disitu wanita sesuai dengan tajuk yang aku letak kat atas tu kan. Ha, beliau ialah Fatimah Busu. Sebelum aku pergi kepada persoaan pokok apa yang nak aku ceritakan pada kali ni, apa kata kita tengok sedikit tentang Fatimah Busu ni.
Fatimah Busu dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu Kelantan. Setelah tamat pendidikan formal di sekolah rendah dan menengah, beliau melanjutkan pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Setelah berkhidmat sebagai guru selama beberapa tahun, Fatimah Busu kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat universiti di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Beliau memperoleh ijazah Sarjana pada tahun 1978 dan Doktor Falsafah pada tahun 1994 di universiti yang sama. Kemudiannya beliau berkhidmat sebagai pensyarah di USM sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di universiti yang sama.
Cerpen-cerpen tulisan beliau, antaranya adalah:
- Sampah yang hanyut- 1974.
- Mawar yang belum gugur - 1971.
- Anak Bumi Tercinta -
- Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan -1975
- Lambaian Tanah Hijau - 1973
Itulah serba sedikit tentang Dr. Fatimah Busu. Menurut lecturer aku, kebanyakan cerpen yang dihasilkan oleh Fatimah Busu ni adalah berpaksikan kepada ibunya. Ha, apa yang aku nak bagi tahu, wanita-wanita Kelantan ni memang gigih dalam menjalaankan sesuatu terutama bagi hal-hal yang melibatkan keluarga. Tapi ini bukan bermakna lelaki Kelantan tu malas.
Aku sangat kagum melihat kaum-kaum ibu yang bersunguh-sunguh membantu golongan suami dalam menambahkan pendapatan kelurga. Bak kata orang, kalau dah nak sehidup dan semati, yang berat sama dipikul yang ringan dijinjing sama, dan muafakat akan membawa berkat. Tak begitu tuan puan sekalian. Kalau anda semua tak percaya yang kaum wanita ni gigih, cuba la bertandang ke Kota Bharu, jauh sangat kan? Cuba la intai-intai kat pasar malam ke, kat Cental Market ke, kat Jalan TAR ke? Berapa ramai kaum wanita yang berniaga kat sana? Tak ke gigih macam tu.
Tiba-tiba dalam kelas teringat pulak dekat mak aku. Dulu masa aku kecik-kecik dulu, ingat lagi time abah aku kerja dekat kilang kayu kampung lain, mak aku ni siang malam buat kuih. Seingat aku ketika tu ekonomi gawat. Harga getah pun turun kaw-kaw punya. Tak dapat nak tampung hidup. Tak tahan nak berhutang dengan estate kat kampung tu, amka abah aku apa lagi blah la dari estate tu cari kerja kat kilang kayu. Masa tu permintaan rasanya balak jadi tinggi sebab harga dia jatuh (mungkin la). Jadi ada la kerja untuk abah aku masa tu. Gaji kecik boleh buat cukup makan je. Nak tambah duit, maka mak aku pun buat la kuih untuk diletakkan kat kedai-kedai. Tiap-tiap hari. Aku tukang hantar je. Masa tu nak kata tak reti tu, tak lah. Tahu, tapi itu je kita boleh buat kan. Nak kerja tu tak boleh la kan.
Em.. dah banyak membebel ntah apa-apa ni. Ok la.. wa cau dulu..
Catat Ulasan