Salam semua. Sudah agak lama gamaknya tak menjenguk laman ni. Nak kata sibuk taklah sangat, malas sebenarnya. Ni pun dah boring tahap paling boring dicapai setakat ni. Haha. Hari ni sekerat hari aku dihabiskan dengan tarik tali. Ha, SUKMUM 2010 dah pun bermula. Agak awal tahun ni... Maknanya seingat aku, dah dua kali la SUKMUM berlangsung tuk tahun ni sem 2 2009/2010 dan sem 1 2010/2011. Wah, tapi agak kelam kabut jugak la awal-awal ni. Apapun demi semangat kesukanan, semua rintangan dapat diatasi.
Tarik Tali : aku rasa satu-satu acara SUKMUM yang boleh aku masuk walaupun harapan nak menag tu agak tipis. Haha, mana taknya, kalau ikutkan, ramai kot atlet yang main untuk UM dan ada yang jadi wakil Malaysia serta negeri masing-masing. Tapi untuk pengalaman, apa salahnya kan. Haha. Tapi lepas tarik tu, mak oi... korang rasa la, kalau nak tahu macam mana. Kesakitan urat berikutan kurang pengalaman dalam acara ini. Apapun sangat best main benda ni..
Dulu aku pernah tengok kat kampung, masa ada sukan rakyat atau sukan kat sekolah, masa nak tutup perlawanan tu diadakan acara penutup tarik tali. Aku ingat tarik tali ni mainan orang-orang kampung je. tak sangka sekrang ni permainan tradisional ni dah diangkat menjadi sukan yang berprestij. Nampak sangat aku tak ambik tahu pasal sukan kan. Tapi ni aku nak bagi tahu macam mana peraturan dia bila dah jadi pertandingan.
- Permainan ini memerlukan 8 orang pemain yang akan memasuki gelangang bagi setiap pasukan. Tiada had masa tarikan. Pasukan yang berjasa melepasi penanda yang ditanda pada tali melebihi garisan yang telah ditetapkan akan dikira sebagai pemenang.
- Pemain tidak dibenarkan untuk duduk semasa menarik tali. Jika didapati pemain duduk, pengadil akan memberi amaran sebanyak tiga kali dan untuk kali yang ke berikutnya, pengadil akan meniup wisel dan mengishtiharkan kemenangan kepada pihak yang tidak melakukan kesalahan.
Tu je kot, aku rasa ada lagi, ni pun aku dapat masa taklimat sebelum game bermula. haha.. untuk sahih pandai-pandai la korang cari dan rujuk pak cik google. ni ada gambar sikit masa main tarik tali tu.
Sedia nak tarik |
Masa nak daftar |
Tarik jangan tak tarik |
Catat Ulasan