klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Serius ke tak?

Kalau nak betul-betul ! Kalau tak nak pun betul-betul ! Janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Opss. Mesti korang pikir yang lain bukan? Hahaha... Aku sudah boleh membaca fikiran kalian. Ceh wah. Kononnya psikik, padahal pesakit. Aku cuma terpikir tentang keseriusan aku nak daftar Nufnang atau yang sama waktu dengannya je. Ada pro dan kontranya jugak la. Sini serba sedikit aku cuba "state"kan.

Sebab aku nak daftar beserta pro dan kontranya.
  1. Buat duit- Melihat kejayaan bloger-bloger yang terdahulu daripada aku ni boleh buat duit dengan blog. Mestilah aku teringin. Pronya mana tahu boleh buat duit poket. Kontranya- begitu serius ke aku nak daftar. Nak buat asaimen pun agak kurang rajinnya.
  2. Cemburu a.k.a Jeles dengan kawan aku yang dah lama berblog ni. Yela, aku kan baru je ketemu benda IT ni semua. Kat kampung dulu tak tahu sepatah haram pun pasal benda ni. Pronya boleh la aku melibatkan secara aktif dalam dunia blog ni. Kontranya- aku ni kurang kadar kekreatifan berbanding dengan otai-otai. Kalau ada pun sikit jelah. Macam mana nak tarik trafik ramai-ramai nanti.
Yang diatas tu serba sedikit la sebab dan musababnya. Satu lagi, ejen-ejen yang sediakan perkhidmatan ni boleh dipercayai ke? Bukan apa, kan banyak penipuan yang berlaku dalam dunia siber ni. Jadi amatlah patut .untuk aku berhati-hati. Betul tak kawan-kawan? Okey la. Wa cau lu. Bai-bai

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...