klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Sejarah aku bawak kereta..

Salam semua.

Aku sebenarnya bukan tak ada kerja nak buat, tapi kerana post status kawan aku kat FB yang membuatkan aku buat entri kali ni.. Hari ni rasa agak letih jadi business man, salesman, promoter dan macam-macam lagi la kan. Pengalaman pertama kat tempat besar-besar macam ni. Apapun ni la langkah permulaan kalau nak jadi usahawan. Minat ke?

Terima kasih la buat member-member yang datang support tu. Jasa kalian hanya hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Ok la terus kepada topik kita kali ni. Pengalaman aku bawak kereta. Menarik sangat ke sampai la post dalam ni. Haha.. bila ingat balik malu pun ada nak tergelak pun ada.

Ok. Kali ni dah 4 tahun aku memiliki lesen. Setahun lesen L, dua tahun lesen P dan setahun lesen penuh, baru perbaharui awal tahun ni. Hahaha.. Kiranya aku ni x la pro sangatkan.

  • Masa first time bawak kereta- First time tu mestilah masa pertama kali belajar kereta kan. Al-maklumlah, aku kan tak ada kereta. So, tu la kali pertama aku pegang stereng dan bawak. Sebelum ni dah ada cuba pegang stereng tapi gerak pakai mulut je la berapa laju nak. Haha.. Masa tekan cluth tu kan, betapa tkutnya aku kereta tu melompat ke apakan kan, mengeletar tahap dewa pulak tu.. Ingat lagi cikgu yang ajar kereta tu siap tegur lagi, "kenapa kaki menggeletar tu, macam mana cluth nak bergerak".. haha.. dengan terketar-ketar aku tekan clutch tu, gerak la perlahan-lahan sambil sangkut-sangkut. Bila dah lama tu dah ok ar sikit.. Lepas tu, hari-hari aku tunggu call bila nak belajar kereta.. haha
  • Masa kat litar memandu - kat sini secara keseluruhannya ok la, ada la sekali dua tu langgar benteng masa nak masuk parking, terundur masa naik bukit tu tak rasanya. Cuma kereta tu je mengaum kalahkan singa masa nak gerak atas bukit tu. 
  • Test JPJ - Ok dan tak ada masalah. Aku lulus dengan cemerlang tanpa kena repeat. Kalau tak... ha tau-tau lah macam mana.
  • Dah ada lesen P- Masa dapat lesen P tu aku jarang sangat bawa kereta. Ada la juga sekali dua bawak kereta mak cik kantin tolong dia hantar makanan kat budak-budak perempuan masa kat hostel dulu. Pas tu seingat aku dah tak ada kot. Cuma masa ni orang kata time gila nak bawak kereta. Dah ada lesen apa nak takut kan..
  • Masa dapat lesen penuh- Tahun ni la jugak. Awal tahun semester kedua 2009/2010. Masa ni dah kat KL. Macam-macam jugak la berlaku. Ada satu ketika bawak kereta masa jalan Jam (betul ke eja macam ni), masa tu gabrah gak ar, tak tahulah jam teruk. Masa kat trafic light tu dah jam kan, kereta perlahankan, tiba-tiba mati enjin, bapak punya gabrah aku. Kereta kat belakang tu, kot ye pun sabar la kan. Hon-hon pulak. Nasib baik ada orang dengan aku masa tu. Kalau tak aku rasa memang tak hidup. Yelah kan orang kampung bawak kereta kat kota raya. Alasan masa tu tak biasa.
  • Paling tak tahan- mati depan polis. Masa tu kitaorang ada program malam tu. So siap hias-hias tu ngada-ngada lapar la kan. Nak jadikan cerita aku la tawarkan diri nak pergi beli. Kereta malam memang la kurang. Tak sangka la pulak malam tu ada roadblock. Prosedur biasa perlahankan kenderaan, polid tu tak tahan pun. Kereta tu pulak tak tahu macam mana tiba-tiba boleh mati. Apa lagi hidupkan la. Lepas je polis tu. Geng yang aku bawak ni kaw-kaw la ketawakan aku. Kurang asam jugak. haha... Bila ingat balik kelakar jugak kan. Tak tahulah aku tulis ni mampu buat orang ketawa ke tak. 
Disebalik semua tu ada satu peristiwa pahit yang aku alami masa bawak kereta. Masa cuti semester yang lepas, aku pergi Perak bersama pak cik aku. Dah sampai kat sana. Tapi memang dah takdir nak jadi macam tu, petang tu pak cik kat sana suruh la aku bersama dengan sepupu aku pergi beli barang. Kalau ikut hati tak nak sebenarnya. Aku pun pergilah. Masa nak keluar ke jalan besar tu, tak sangka pulak jam.  Ada accident depan petronas tak silap aku. Mangsa tu mati rasanya. Benda nak jadi, masa aku masuk jalan besar perlahan-lahan, tiba-tiba je aku rasa macam gegar kat kereta. Aku ingat masa tu aku lalu kat atas jalan yang berbatu-batu. Rupa-rupanya kereta pak cik aku yang aku bawak tu kena sodok ngan lori. Apa lagi letak tepi la kereta tu. Pergi bikin la jawabnya.

Dalam banyak-banyak tu la peristiwa paling pahit. Aku dah berani nak bawak kereta lepas tu. Tapi sekarang ni, kalau kat dalam kampus ni aku bawak la. Bukan apa, aku bukan fobia, tapi tukan bukan kereta aku. Kalau jadi apa-apa sape la nak bayarkan.. Baik aku ambik langkah pencegahan. kalau kereta aku sendiri tak kisahlah kan.. 

Ok la tu je rasanya. Nak sambung buat kerja. Bye-bye..

2 Responses to Sejarah aku bawak kereta..

  1. nape sikit je mawe.. x lengkap nehh..ngahahah XD

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...