kepada Dia
aku menyerahkan takdirku
apa yang dikatakan-Nya
akan aku turuti dengan sepenuhnya
kerana Dia Maha Mengetahui
apa yang terbaik untukku
aku hanya mampu berusaha
redha dan tawakal kepada-Nya juga
hanya kerana Dia adanya aku di dunia
untuk membuat segala kebaikan
dan menentang segala kejahatan
untuk kebaikan bersama
dan kepada Dia jua
aku meminta dan berdoa
agar apa yang direncana dapat dilaksana
baik di dunia dan di akhirat sana
-Pena Arjuna 29/10/2010
waa, hebat saudara....kebaikkan tu satu k je saudara...hahahaa
haha.. silap eja tu... huhu