klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.


Ahlan Wasahlan Ya Ramdhan. Lebih kurang seminggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Satu bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana di bulan ini pahala ganjaran ibadat dilipat gandakan oleh Allah S.W.T.

Dikesempatan ini saya ingin mnegucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat-Nya.


Kuasa Media.

Dalam era globalisai yang dikenali sebagi dunia tanpa sempadan ini, masyarakt boleh mendapatkan apa sahaja bahan atau maklumat yang mereka ingini hanya dengan menekan hujung jari. Jika dahulu, sesuatu maklumat itu agak lambat disebarkan kepada pengetahuan khlayak umum, tetapi kedaan itu sudah berbeza pada zaman ini. Kepesatan dunia membangunkan teknologi turut memberi kesan kepada sektor media dan komunikasi.

Sejarah media di Malaysia bermula sejak dari zaman penjajahan British lagi. Namun media ketika itu dikawal ketat oleh Britis kerana bimbang akan berlaku peyebaran maklumat yang akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sehingga kini, media di Malaysia juga dikawal bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian serta perpaduan setiap kaum yang ada di Malaysia. Tetapi kawalan terhadap media di Malaysia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara komunis dan negara bekas komunis di Timur dan Timur Tengah seperti China, Rusia, Vietnam dan sebagainya.



Dewasa ini media kini menjadi kuasa kepada dunia. Apa sahaja yang disebarkan oleh media akan menjadi perhatian kepada khalayaknya. Oleh hal yang demikian, media amat memainkan peranan yang sangat penting pada era ini. Dennis Mcquil (1996:53) ada menggariskan dan membahagikan sejumlah peranan media massa. Antaranya ialah:

  1. Media adalah jendela pengalaman yang meluaskan pengalaman bagi membolehkan kita memahami apa yang terjadi di sekeliling kita tanpa campur tangan pihak ketiga atau yang bersifat memihak.
  2. Sebagai perantara yang menjelaskan dan memberi kefahaman terhadap sesuatu yang tidak jelas.
  3. Mencari dan memberi maklumat dan pendapat
  4. Merupakan jaringan interaktif melalui pelbagai cara antara media dan penerima
  5. Sebagai saluran yang memberikan panduan dan bimbingan kepada khalayak yang menerimanya.
  6. Medium yang mencari dan memilih bahan untuk disebarkan kepada khalayak.
  7. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran untuk tujuan propoganda

Jika dilihat tujuan asal media adalah untuk memberi maklumat yang berguna kepada khalayak awam. Tetapi jika media itu disalah gunakan, pasti akan mengudang kepada masalah besar jika tidak dikawal. Pepatah ada mengatakan, "mata pena itu sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang". Walaupun pelbagai desakan dan tekanan diberikan untuk mewujudan kebebasan media mutlak, namun sedikit kawalan perlu dikenakan untuk menjamin kestabilan dan keselamatan negara.

Sumber:

Tekad aku

Dah lama aku tangguh dan tangguh dan tangguh nak tulis entri neh.. "Time free" rasa malas menguasai aku. Tahap "Giler Ah"... Untuk kali ni aku bertekad nak tulis sampai habis dan "post". Walaupun aku tahu, ruangan aku ni, hnya sekadar untuk aku syok sendiri je, jadi suka hati aku nak tulis apa,mengapa dan bagaimana... kan??

Dah masuk dua minggu sesi 2010/2011 bermula. Huh! Agak kalut dan mulut gak bila "Fisrt Time" aku kena daftar kursus sendiri. Berbagai persoalan aku ajukan kepada rakan-rakanku. Sedikit kebingungan dek kerana ketidak biasaan. Untuk semester ni aku mohon 21 jam kredit daripada 18 jam kredit yang sepatutnya diambil. Saja gatal-gatal mohon. Alik-alik dapat, nah amik ko! Takke letih dalam seminggu kelas "pack" giler. Ape pun tulah cabarannya.

Ha nak citer sal major minor lak. Major aku ambik bahasa, minor lak aku amik sastera. Kira ada kaitan la tu. Orang kata, kalau nak mendalami bahasa, kena amik linguistik sebagai adik. Haih.. Bahasa pun dah banyak aku lupa.. Nak kena "recall" balik semua tu. Ni la yang buat aku pening masa nak daftar kursus hari tu. Pening dan pening. Nasib ada buku panduan dan kaunter pertanyaan (FB le). Senior dan rakan-rakan banyak membantu, walaupun aku akui mereke berserabut dengan aku... haha..

Ha..! dua minngu kuliah dah bertimbun tajuk-tajuk "asaimen". Semua kena "present" awal. Huh..! Sape la pilih undi tuh... (akulah tu)... Jadi, nak tak nak aku dah kena "start" buat dah asaimen. markah tu. Nak harapkan aku yang mals ni nak study sampai bila pun markah aku tak tinggi. Azam tahun ni nak capai PNG 3.5 dan PNGK aku biarla cecah 3.4. nanti senang la ku nak "apply" apa-apa kan... 

Kat kolej aku ni pun ada gak pogram die.. Walaupun dah ramai "local" takde. Jadi yang ada ni tollong-tolong la ye meriahkan majlis sekurang-kurangnya... Tuk sem ni "first time" aku join program fakulti/akademi. Program pertama aku ni kira "best" ar skit. Hari Interaksi APM atau lebih ringkasnya HATI. Dekat di hati. Sesuaila nama pogram ni untuk mendekatkan hati-hati budak-budak "junior" yang hati diorang tu masih kat kamung. Hati kitorang ni takpe ar dah brutal. Kononye la. haha.. Pogram tu bakal berlangsung hujung bulan ni. Kepada "junior-junior" aku jangan lupa "join". 

OK la kot stakat ni.. Aku nak pegi basuh kereta lak.. HA!  Bukan kereta aku lah... Kitorang nak kutip dana, nak tampung perbelanjaan tuk HATI ni lah... Dengan senag HATI dan rela HATI aku cuci HATI nak cuci kereta. Akhirnya berjaya gak aku tulis sampai abis. Len kali lak... "Next Time" aku nak tulis benda yang datangkan manfaat la.. Ntah la pa benda tu.. Nantilah aku cari.... 

Assalamualaikum... 


Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...