klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Kuasa Media.

Dalam era globalisai yang dikenali sebagi dunia tanpa sempadan ini, masyarakt boleh mendapatkan apa sahaja bahan atau maklumat yang mereka ingini hanya dengan menekan hujung jari. Jika dahulu, sesuatu maklumat itu agak lambat disebarkan kepada pengetahuan khlayak umum, tetapi kedaan itu sudah berbeza pada zaman ini. Kepesatan dunia membangunkan teknologi turut memberi kesan kepada sektor media dan komunikasi.

Sejarah media di Malaysia bermula sejak dari zaman penjajahan British lagi. Namun media ketika itu dikawal ketat oleh Britis kerana bimbang akan berlaku peyebaran maklumat yang akan menggugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sehingga kini, media di Malaysia juga dikawal bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian serta perpaduan setiap kaum yang ada di Malaysia. Tetapi kawalan terhadap media di Malaysia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara komunis dan negara bekas komunis di Timur dan Timur Tengah seperti China, Rusia, Vietnam dan sebagainya.



Dewasa ini media kini menjadi kuasa kepada dunia. Apa sahaja yang disebarkan oleh media akan menjadi perhatian kepada khalayaknya. Oleh hal yang demikian, media amat memainkan peranan yang sangat penting pada era ini. Dennis Mcquil (1996:53) ada menggariskan dan membahagikan sejumlah peranan media massa. Antaranya ialah:

  1. Media adalah jendela pengalaman yang meluaskan pengalaman bagi membolehkan kita memahami apa yang terjadi di sekeliling kita tanpa campur tangan pihak ketiga atau yang bersifat memihak.
  2. Sebagai perantara yang menjelaskan dan memberi kefahaman terhadap sesuatu yang tidak jelas.
  3. Mencari dan memberi maklumat dan pendapat
  4. Merupakan jaringan interaktif melalui pelbagai cara antara media dan penerima
  5. Sebagai saluran yang memberikan panduan dan bimbingan kepada khalayak yang menerimanya.
  6. Medium yang mencari dan memilih bahan untuk disebarkan kepada khalayak.
  7. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran untuk tujuan propoganda

Jika dilihat tujuan asal media adalah untuk memberi maklumat yang berguna kepada khalayak awam. Tetapi jika media itu disalah gunakan, pasti akan mengudang kepada masalah besar jika tidak dikawal. Pepatah ada mengatakan, "mata pena itu sesungguhnya lebih tajam daripada mata pedang". Walaupun pelbagai desakan dan tekanan diberikan untuk mewujudan kebebasan media mutlak, namun sedikit kawalan perlu dikenakan untuk menjamin kestabilan dan keselamatan negara.

Sumber:

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...