klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

The Way to South Korea (Part 2)

Salam sejahtera....

Aku sambung lagi cerita jalan-jalan yang aku lalui sebelum bakal terbang ke Korea Selatan. Sebenarnya ada banyak summer program yang dianjurkan oleh univeristi yang ada buat MoU dengan UM. Yang aku dapat di Inha yang bermula pada 28 Julai ni. Ada yang dah berlepas ke Poukyong National University. Coursemate aku ada yang dapat tawaran ke Asia University, Taiwan.


Makanya, aku ke Inha dalam bulan puasa. Bakal berpuasa di perantauan kiranya. Setelah mendapat restu daripada mak dan abah aku. Aku terima tawaran tu. Dan kiranya aku kena membanting tulang empat kerat untuk menampung perbelanjaan selama 28 hari di INHA.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan mereka yang bersama-sama aku ke Korea nanti. Bersama mereka aku mencari rezeki di perusahaan membuat dan membungkus hamper untuk musim perayaan. Terima kasih kepada Zackaroon kerana 'merekomen' kerja ni.. Hehe.. Terima kasih kepada semua.



Perjalanan masih lagi jauh. Kerja yang hakiki masih lagi dicari. Pada ketika ini, aku masih lagi menunggu keputusan rasmi diumumkan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.

bersambung...

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...