klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

The Way to South Korea (Part 2)

Salam sejahtera....

Aku sambung lagi cerita jalan-jalan yang aku lalui sebelum bakal terbang ke Korea Selatan. Sebenarnya ada banyak summer program yang dianjurkan oleh univeristi yang ada buat MoU dengan UM. Yang aku dapat di Inha yang bermula pada 28 Julai ni. Ada yang dah berlepas ke Poukyong National University. Coursemate aku ada yang dapat tawaran ke Asia University, Taiwan.


Makanya, aku ke Inha dalam bulan puasa. Bakal berpuasa di perantauan kiranya. Setelah mendapat restu daripada mak dan abah aku. Aku terima tawaran tu. Dan kiranya aku kena membanting tulang empat kerat untuk menampung perbelanjaan selama 28 hari di INHA.

Terima kasih kepada kawan-kawan dan mereka yang bersama-sama aku ke Korea nanti. Bersama mereka aku mencari rezeki di perusahaan membuat dan membungkus hamper untuk musim perayaan. Terima kasih kepada Zackaroon kerana 'merekomen' kerja ni.. Hehe.. Terima kasih kepada semua.



Perjalanan masih lagi jauh. Kerja yang hakiki masih lagi dicari. Pada ketika ini, aku masih lagi menunggu keputusan rasmi diumumkan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.

bersambung...

The Way to South Korea (Part 1)


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

Tirai sesi 2011/2012 telah selamat dilabuhkan. Keputusan rasmi peperiksaan akan keluar dalam masa terdekat. Secara rambang perkiraannya, alhamdulillah keputusan agak baik, walaupun tak mencapai target pointer yang aku inginkan untuk graduasi nanti.

Korea. Emm... Korea Selatan, sebuah negara yang berada dalam kelompok negara-negara yang berada dalam Asia Timur. Ramai yang minat dan menyimpan hasrat mahu ke Korea dan menjadi fenomena semenjak belakangan ini, artis-artis dari Korea yang menjadi sebutan anak-anak muda termasuk adik aku sendiri. Sejujurnya aku tak tahu sangat pasal artis Korea ni. Pernah sekali dua bukak dengar lagu mereka, tak ada bezanya dengan mana-mana lagu yang masuk ke Malaysia kecuali Indonesia yang boleh di fahami dari segi bahasanya.



Panjang intro aku.. Haha... Setelah ditemuduga, buat kali ketiga setelah yang pertama summer camp Pukyung dan kedua program winter yang terpaksa aku tolak, aku ditawarkan untuk menjalani Summer Camp di Inha University di Korea Selatan. Tak banyak yang aku tahu pasal universiti tu. Tapi rasanya tu uni yang core course nya adalah kejuruteraan. Memang tak de perkaitan langsung dengan course aku. Tapi tu adalah Summer Camp, jadi pergi sana, mengikut yang telah diberitahu oleh pegawai yang menguruskan Summer Camp ni, kami akan belajar bahasa dan kebudayaan Korea sepanjang 28 hari disana.



Pada awalnya berat untuk aku membuat keputusan. Fikir-fikir balik, dah tak ada komitmen dengan kelas, rasanya baik aku rebut peluang ni untuk menimba pengalaman dan belajar di tempat orang.

bersambung...

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...