klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

SAIDINA punya pasal!

Salam...

Di saat entri ni ditulis, jam menunjukkan 5.14 pagi. Tinggal beberapa minit je lagi nak masuk waktu Subuh. Kalau rebahkan diri atas katil konpem hanyut. Ni gara-gara terlalu asyik bermain SAIDINA sampai tak sedar dah jam 5 pagi. Oh, tidak!

Nasib baik tak de kelas esok. Kalau ada, memang aku setuju je apa yang lecturer aku bagi tahu. Ya, ya, dan ya. Tanda isyarat angguk-aguklah.

Lama dah tak main benda ni. Sejak zaman sekolah dulu. Asah bakat berniaga katanya. Haha.. Macam mana nak kekalkan kewangan dan aset yang ada. Kadang-kadang terpikir jugak nak main tipu. Haha.. Nasib baik main suka-suka je. Aku rasa, berniaga betul-betul pun lebih kurang macam ni kot.

Perasaan hasad dengki tu ada kalau tengok orang lebih daripada kita. Ada perasaan kita kena lebih daripada orang lain. Dari sudut yang positif benda ni baik. Tapi kena berlandaskan syariat agama. Agama tu kena kukuh. Baru tak buat benda yang bukan-bukan kan.

Jadikan kelebihan yang ada pada diri orang lain sebagai persaingan yang sihat antara kita dan sebagai pembakar semangat untuk terus maju. Rezeki ada di mana-mana. Kita je perlu bijak mencari dan menggunakan segala peluang yang ada.

Dah jadi tazkirah subuh dah. Hehe. Sape pernah main SAIDINA. Korang rasa tak apa yang aku rasa. Hehe...

6 Responses to SAIDINA punya pasal!

  1. pernah gak main Saidina sampai subuh. masa tu beraya kat kampung. 1st day nak raya plak tu. haha.. tapi memang best! ktorg men 6 org. hehe

  2. pernah gak aku main..sampi pki calculator kot..main2 sampi x sdar dah subuh..gile kuat penangan bnda nie

  3. Mawe says:

    Cikew; Lagi ramai lagi best.. hehe
    Faez Rusni : memang kuat.. huhu

  4. dulu kecik2 main benda ni sampai gadoh2 sebab tanak muflis . kahkah . belagak gila kalau dapat buat rumah and hotel bebanyak =D

  5. semalam adik sy bwu ajk main...tp dek kerana bdn da letih..xdpt nk lyn permintaan...hehehe...

  6. Sy gile main game Plant Zombie sekarang. Dulu gile main Monopoly.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...