Salam semua...
Memang betul manusia memang kerdil dan sedikit ilmunya. Kalau kita pandai satu bidang, mungkin kita tak pandai bidang yang lain. Jadi, manusia pandai bukan dalam setiap perkara. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Cakap pasal ilmu, bukan hanya dengan membaca buku sahaja kita boleh dapat ilmu. Kadang-kadang suatu pengalaman yang kita lalui juga merupakan satu ilmu.
Bahkan pengalaman juga mengajar erti kehidupan untuk kita memperbaiki kelemahan dalam diri kita. Jadi orang yang banyak pengalaman itu boleh dikatakan sebagai orang yang berilmu. Cuma bukan secara spesifik seperti guru-guru yang mengajar di sekolah dan pensyarah-pensyarah yang menagjar di universiti.
Sejak dari kita kecil lagi. Cikgu kita adalah mak dan abah kita. Pengalaman mereka dicurahkan untuk membentuk kita menjadi insan yang mulia supaya dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Harapan mereka supaya kita menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat.
Masuk zaman sekolah, guru dipertanggungjawabkan. Bukan bermakna ibu bapa melepaskan tanggungjawab memberi ilmu itu kepada guru, tetapi guru merupakan pembantu untuk kita meneruskan kehidupan. Agama pun ada menyuruh kita mencari ilmu.
Tanpa ilmu manusia itu ibarat sebatang tiang buruk. Di makan anai-anai, dibasahi hujan dan mereput. Jadi pentingnya ilmu. Lagi penting ilmu keagamaan. Menjadi panduan hidup kita sebagai hamba Allah. Jangan hanya mengejar ilmu keduniaan semata-mata.
Renung-renungkan. Sekadar peringatan kita bersama...
Salam...
Catat Ulasan