klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Seminar APK siri kedua

Hari ni 8 Oktober bersamaan dengan 29 Syawal 1431 Hijriah. Sedar tak sedar rupanya dah hari terakhir bulan Syawal rupanya. Selamat Hari Raya. Hehehe. Hari ni  jugak ada seminar APK kat Akademi. Memandang APK ni kursus wajib, maka semua terpaksa pergi. Ha, kalau tak pergi kena potong markah 5 %. Senang tak nak dapat markak kursus ni. Seminar ni ada dua kali, ni yang last la. Dua kali seminar kalau hadir dapat 10 markah. Senang tak. Haha.. Kalau nak senang baik buat kursus sendiri.

Gambar-gambar tu tak dapatlah nak diuploadkan sebab tak ada. Setakat ni aku masih belum berkesempatan nak beli kamera. Mungkin ada rezeki lebih tahun depan kot. Mudah-mudahan. Nanti mungkin entri aku akan lebih menarik la. Lepas ni jugak boleh la aku sebarkan dengan lebih meluas. Motif2. haha..

Sebelum aku terlupa, masa dalam seminar tu, penceramah tu ada bagi soalan kuiz dan aku nak kongsikan dengan korang semua. Tapi, sebelum tu,(macam buletin kat Hot FM) penceramah ni bekas pelajar kat tempat aku belajar jugak, UM. Ex- Student FSKTM (Sains KOm ringkasnya). Satu semangat yang melayakkan dia bergelar usahawan ialah kegigihan dan percaya pada diri. Dulu dia citer, habis study dia nak jadi kaya. Macam mana nak jadi kaya mestilah kerja sendirikan. Makan gaji takkan dapat jadi kaya punyer. Betul tak. Cukup makan pun dah kira untungkan. Syabas Bro, semoga anda akan terus sukses lagi. (puji sebab dengar cara cakap macam orang kampung aku je)
Ni la soalan-soalan kuiznya:

  1. Siapakah pengasas Apple?
  2. Namakan CEO Kumpulan Axiata?
  3. Berapakah jangkaan keuntugan PETRONAS suku pertama tahun ini?
  4. Berikan empat syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
  5. Siapakah pengasas Secret Recipe?
  6. Siapakah pengasas Skali Gruop? (x pasti ejaan skali ni betul ke tak)
  7. Namakan bank yang kedua terbesar di Malaysia?
  8. Namakan syarikat yang mengeluarkan My-Kad?
  9. Namakan nama negara yang merupkan dagangan terbesar Malaysia
  10. Bank terbesar di Singapura?
  11. Siapakah pengasas Virgin Air?
  12. Siapakah pengasas Facebook?
  13. Dimanakah terletaknya ibu pejabat MIDA?
  14. Namakan dua syarikat milik Ananda Krishnan?
  15. Siapakah CEO Pemodalan Nasional Berhad?
  16. Namakan pengasas Google?
  17. Namakan pengerusi Proton Holding Berhad?
  18. Siapakah penulis buku "Think Book"?
Haha.. cuba teka, banyak-banyak soalan ni berapa aku betul. Banyak la jugak. Sebab aku ada rahsia yang tersendiri. Haha.. kredit tu partner-partner aku. hahaha..

Kalau nak tahu jawapannya, nantikan edisi siasat berikutnya. Kalau korang rajin searh la kat tenet. Boleh jugak tambah pengetahuan amkan. Haha

Gua cau dulu...



Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...