klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Serius ke tak?

Kalau nak betul-betul ! Kalau tak nak pun betul-betul ! Janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Opss. Mesti korang pikir yang lain bukan? Hahaha... Aku sudah boleh membaca fikiran kalian. Ceh wah. Kononnya psikik, padahal pesakit. Aku cuma terpikir tentang keseriusan aku nak daftar Nufnang atau yang sama waktu dengannya je. Ada pro dan kontranya jugak la. Sini serba sedikit aku cuba "state"kan.

Sebab aku nak daftar beserta pro dan kontranya.
  1. Buat duit- Melihat kejayaan bloger-bloger yang terdahulu daripada aku ni boleh buat duit dengan blog. Mestilah aku teringin. Pronya mana tahu boleh buat duit poket. Kontranya- begitu serius ke aku nak daftar. Nak buat asaimen pun agak kurang rajinnya.
  2. Cemburu a.k.a Jeles dengan kawan aku yang dah lama berblog ni. Yela, aku kan baru je ketemu benda IT ni semua. Kat kampung dulu tak tahu sepatah haram pun pasal benda ni. Pronya boleh la aku melibatkan secara aktif dalam dunia blog ni. Kontranya- aku ni kurang kadar kekreatifan berbanding dengan otai-otai. Kalau ada pun sikit jelah. Macam mana nak tarik trafik ramai-ramai nanti.
Yang diatas tu serba sedikit la sebab dan musababnya. Satu lagi, ejen-ejen yang sediakan perkhidmatan ni boleh dipercayai ke? Bukan apa, kan banyak penipuan yang berlaku dalam dunia siber ni. Jadi amatlah patut .untuk aku berhati-hati. Betul tak kawan-kawan? Okey la. Wa cau lu. Bai-bai

Raya: Kampung, Kolej, dan Kampus.

Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira...

Lirik lagu ni bukan mengambarkan kita gembira kerana berkhirnya tempoh kita berpuasa, tetapi mengambarkan kegembiraan dan kejayaan kita sebagai umat Islam yang berjaya melawan nafsu dan perkara-perkara yang negatif yang sering kita lakukan. Hari Raya sepatutnya dirayakan dengan penuh kesyukuran dan ketakwaan kepada-Nya. Bukannya dengan mengadakan pesta mabuk seperti yang dilakukan oleh segelintir anak muda yang nipis imannya. Moga kita dijauhkan daripada golongan sedemikan. Nau'zubillah.

Seriusnya penulisan aku ni. Memandangkan semua orang masih lagi dalam "mood" raya, aku nak ucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya kepada sesiapa yang mengenali aku ni secara langsung ataupun tidak langsung. Harap diampun segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah aku lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak.

Raya kat kampung, lebih tepat kat rumah aku la, nak kata tak meriah tiu meriah la jugak tapi secara sederhana. Saudara mara yang jauh tak balik tahun ni, mak cik aku pun balik sehari sebelum hari raya dan balik semula rumah dia pada petang hari raya kerana kerja. Jadi terpaksalah aku mencari pelbagai alternatif nak memeriahkan raya aku ni. Paling tidak pun aku beraya depan TV je. Meriah jugak kan.

Cakap pasal TV ni, korang semua perasan tak, sepanjang musim raya ni cerita/movie apa yang sering ditayangkan? Ha! Kalau korang nak tahu, imbas-imbas kembali la apa yang korang tengok. Cerita seram. Pada pandangan aku secara rambang, cerita jenis ni ditayangkan hampir kesemua stesen televisyen kat Malaysia ni. Contohnya kalau nak tahu, SUSUK, JANGAN PANDANG BELAKANG, POCONG dan banyak la lagi. Tu yang aku heran ni. Apa kena mengena cerita seram dengan raya. Tak de kaitan langsung. Siarlah citer pasal puasa dan raya. Bagi kanak-kanak ni excited sikit nak puasa dan raya. Ish-ish.

Okey, tak nak komen banyak-banyak pasal tu. Aku kembali kat sini, 2-3 hari dapat tahu kena urus pasal hari raya kat kolej. Walaupun banyak benda dah di seatlekan oleh penganjur, geng-geng aku ni bersiap sedialah juga. Majlis tu berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh pentadbir-pentadbir UM termasuk Datuk VC. Pertama kali semenjak aku duk kolej ni, dapat bersama-sama VC meraikan raya. Apapun terima kasih Kolej, ISC dan IH yang berkolaborasi menjayakan program ni. Nak tengok gambar tengok la kat FB member aku. Hahahaha.

Kat kampus pun sepanjang musim raya ni, banyak la kolej-kolej, fakulti dan pusat-pusat yang akan adakan rumah terbuka lepas ni. Adik-adik junior tu intai-intai la peluang kalau berkesempatan tu. Selalunya memang tak sempat nak jamah pun. hehe.. Selamat mencuba.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...