klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Setahun di Bumi Malaya.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya hari ini tanggal 28 Jun 2010 merupakan tarikh keramat aku menjejakkan kaki ke bumi Malaya ini. Walaupun pada awalnya hatiku sedikit kecewa kerana tidak mendapat apa yang aku inginkan, namun setelah melaui pelbagai suka dan duka akhirnya hatiku kini telah sebati dengan bumi Malaya ini. Aku berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada anggota Malaya yang telah terbukti sebagai yang terbaik di peringkat Dunia, Asia dan merupakan yang pertama di Malaysia. Rankingnya yang berada di tempat 180 dunia dan tangga ke- 38 Asia, menjadikan aku lebih bangga dapat berpijak di bumi Malaya ini. Pelbagai cabaran dan halangan aku telah tempuhi dalam masa setahun ini.

Mengimbau detik aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk berada di bumi Malaya ini, aku hanya ditemani oleh ayahku sahaja. Ibu dan adik-adikku tidak dapat hadir kerana aku dan ayahku menumpang kenderaan saudaraku yang kebetulannya pulang bercuti pada waktu itu. Aku tahu jauh dari sudut hati, mereka juga ingin melihat kejayaan anaknya memasuki universiti, namun apakan daya, kami tiada kemampuan itu. Namun aku bersyukur dan berterima kasih kepada saudaraku yang banyak membantu untuk aku berada di bumi Malaya ini.

Minggu Haluan Siswa (MHS). Sebagaimana biasa, bagi memberi pengenalan tentang Universiti Malaya (UM), minggu orientasi atau lebih dikenali sebagai MHS diadakan oleh pihak pentadbiran UM dengan dibantu oleh Kolej-kolej Kediaman seluruh UM dan Pembantu Mahasiswa (PM). Perkara yang pertama aku fikirkan sebelum menjalani MHS ini adalah ragging. Perkara ini normal dan sentiasa berlaku dimana-mana tempat sama ada universiti, sekolah dan kem-kem latihan. Namun setelah seminggu menjalani MHS ternyata perkara ini tidak berlaku dan kami diberikan penerangan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menegah mahasiwa untuk melakukan ragging. Bahkan MHS di UM ini ternyata menyeronokkan dengan sorakan cheeers setiap kolej kediaman.

Di UM aku ditempatkan di Kolej Kediaman Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Keunikan kolej ini adalah pada namanya iaitu nama Yang di Pertua Negeri Sarawak sempena mengiktiraf sumbangan kerajaan Negeri Sarawak dalam kos pembinaan kolej ini. Di sini aku banyak aku temui rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama tinggal sebumbung dan berjuang dalam medan ilmu yang terlampau banyak disini. Aku ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Di sini bnayak aku temui tokoh-tokoh hebat dalam bidang bahasa dan sastera. Perasaan teruja dan bangga membuatkan aku lebih menyayangi bumi Malaya ini.

Diharapkan UM akan terus maju kehadapan dan terus membanggakan penghuninya. UM is One. Kata-kata keramat yang membangkitkan semangat anggotanya untuk terus meletakan Malaya ke depan walau apa jua rintangan dan cabarannya. 

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...