Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menanti saat berlangsungnya Minggu Haluan Siswa (MHS), Universiti Malaya (UM) bagi sesi 2010/2011. Pastinya debaran dalam kalangan Pembantu Mahasiswa (PM) UM kian terasa khususnya bagi mereka yang pertama kali terlibat dengan MHS. Mengendalikani MHS sebagai PM adalah tidak semudah ketika apa yang dilihat semasa kita menjalani MHS sebagai pelajar ataupun freshie. Hal ini kerana, sebagai seorang PM mereka harus mempersiapkan mental dan fizikal mereka bagi menghadapi pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan Minggu Haluan Siswa itu berlangsung.
PM juga bertanggungjawab sepenuhnya keatas setiap pelajar baru dalam menangani masalah yang mereka hadapi terutamnya dalam urusan pendaftaran universiti. Walaupun tugas ini agak berat namun amanah yang diberikan oleh pihak universiti dan kolej kediaman harus dipikul dengan penuh amanah dan istiqamah. Tiada yang mustahil jika semua ahli pasukan bersatu. Inilah semangat yang ada dalam setiap PM kolej-kolej kediaman dan PM Sentral yang bertanggungjawab secara langsung dalam membantu universiti. Apapun ini adalah pengalaman yang tidak ternilai harganya jika kita melakukannya dengan penuh iltizam dan semangat berkerja dalam satu pasukan.
Sepanjang MHS ini berlangsung pelbagai aktiviti dan program dirancang oleh pihak universiti bersama-sama PM bagi memastikan MHS pada kali ini lebih bermakna kepada pelajar baru. Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan pada MHS kali ini ialah acara tradisi dalam menyambut freshie atau sukan interaksi iaitu acara pukul bantal diatas tasik varsiti. Acara ini dicetuskan oleh Datuk TNC HEPA sewaktu majlis perasmian penutup Kem Induksi PM di Ulu Yam baru-baru ini. (Perincian mengenai aktiviti ini akan dilakukan selepas berakhirnya MHS.)
Apapun aku sangat berdebar ubtuk menanti saat ini. Walaupun kami mengendalikan Pelajar Antabangsa khususnya pelajar dibawah program pertukaran pelajar, namun kehangatan dan kemeriahan MHS kali ini tetap kami ikuti bersama pelajar tempatan dalam beberapa aktiviti. Tradisi UM yang tidak boleh dilupakan apabila tibanya MHS adalah tradisi lawan cheers antara kolej-kolej kediaman UM. Saat menjalani MHS sebagai pelajar tidak dapat dilupakan apabila Dewan Tunku Canselor digegarkan dengan cheers setiap kolej.
Kepada bakal junior kami, jangan takut untuk menghadapi minggu orientasi. Minggu orientasi sebenarnya adalah minggu pengenalan dan persediaan untuk anda mengahadapi hari-hari mendatang tanpa bergantung pada orang lain. dalam erti kata lain lebih berdikari. Jika selama ini, pelajar khususnya pelajar sekolah lebih bergantung kepada guru dalam melakukan pelbagai urusan. Jika tabiat ini diteruskan ketika berada diuniversiti, seseorang pelajar itu tidak boleh pergi dengan lebih jauh jika mereka tidak berdikari.
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PM.
SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYA.