klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Musim Bendera Beraya.

Salam 1Malaysia.

Umum dah tahukan tarikh pengundian PRU13 iaitu pada tanggal 5 Mei 2013, rakyat Malaysia YANG LAYAK memilih/mengundi akan melaksanakan hak mereka sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Bukan nak citer pasal tu, masing-masing dengan ideologi politik masing-masing. Itu hak anda, tiada siapa yang dapat nafikan. Cuma berpolitiklah dengan bijak dan wajar untuk kelangsungan keharmonian dan keamanan yang kita dapat kecapi hari ini.

Musim raya meriah dengan bunga api dan pelitanya. Tidak kurang juga dengan musim PILIHANRAYA ni. Meriah dengan bendera-bendera parti-parti yang bertanding. Macam-macam warna ada. Malah ada yang memperagakan kreativiti masing-masing dengan menggunakan bendera parti mereka. Meriah bukan?

Selamat Memilih...

Night bloggers

Salam and good evening...

Ceh cakap orang putih kau! Mata dah kuyu sebenarnya tapi entahlah ter'klik' ikon blogeroid makanya menaiplah aku disini.

Aku ada terbaca satu statement, kalau kita menulis kerana minat atau hobi cakap apa sekali pun tentu menjadi. Panjang berjela tak usah cakap, idea datang mencurah-cureah bak air paip hujan dalam bilik mandi. Kalau terpaksa atau dipaksa menulis, keluar air mata darah pun tak jadi kan?

Macam aku buat blog sebab ikut orang buat blog. Haha... Kan tak menjadi...

Life need passion to succes. (entah betul ke tidak BI aku)

Kasamsahamida. Aneohaseyo...
Assalamulaikum, Selamat Malam.

Mulakan kembali...

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Dah lama rasanya aku tak menaip di kat sini. Masalah utama adalah setelah habis 'mengaji' ni, INTERNET. Kat rumah aku dulu ada langgan TM Streamyx, memandang pencuri kabel tu pro, dah 2-3 kali kontraktor TM tu tukar, 2-3 jugaklah dia curi. Setahu aku, sekarang ni kabel guna fiber apa ntah. Bukannya 'emas' seperti yang mereka sangka. 

Buat masa sekarang ni, aku masih lagi menjadi penanam anggur yang berjaya dan masa lapang yang juga agak banyak. Namun hanya kemalasan menguasai peratusan tertinggi untuk mengemaskini blog ini. Oleh hal yang demikian, aku mahu mulakan kembali.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan TAHNIAH kepada JUARA TREBLE, The Red Warriors di atas kejayaan mereka. Semoga terus berjaya pada masa hadapan.

Hari ini juga berlangsung Anugerah Bola Sepak Malaysia 100 Plus 2012. Berikut merupakan senarai pemenang. Tahniah kepada pemenang.

PENJAGA GOL TERBAIK
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK:
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM)

PEMAIN TENGAH TERBAIK:
Safiq Rahim (Selangor)

PENYERANG TERBAIK:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

PEMAIN HARAPAN:
Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)

PEMAIN PALING BERNILAI:
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

PEMAIN ASING TERBAIK:

Marlon Alex James (ATM)

PERSATUAN TERBAIK :
KAFA

KELAB TERBAIK :
Sime Darby

KELAB PENYOKONG TERBAIK :
ATM



Info: MNFT dan pelbagai page kelab penyokong bola sepak.

A big day to celebrate together

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...