klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Jom Balik !

Salam...

Lama menyepi. Peperiksaan menyebabkan kebanyakkan pelajar memaksa diri mereka menjadi ulat buku terutamanya aku, walaupun sebenarnya kebanyakkan mereka adalah ulat mukabuku. Namun demikian, walaupun demam peperiksaan melanda, virus tersebut tidak dapat dihindari sepenuhnya. Haha...

Malam ni dah nak balik kampung. Agak terlewat berbanding dengan rakan-rakanku yang lain. Ada yang dah balik sejurus kertas terakhir habis dan pada hari yang berikutnya. Aku je 2 hari selepas kertas terakhir aku tamat. 

Macam biasa, menggunakan tren intercity Sentral Kuala Lumpur - Tumpat yang melalui Stesen Dabong. Ya, memang lama, lebih kurang 12 jam berada dalam tren. Tapi bagi aku, itu sahajalah pengangkutan terbaik untuk aku naik setakat ini. Memandangkan Stesen Dabong ke kampung aku tidaklah begitu jauh berbanding dengan aku menaiki bas. Bas akan berhenti di stesen yang melalui tripnya sahaja. Pekan paling hampir untuk aku turun ialah Kuala Krai. Namun tetap juga kena menaiki keretapi untuk balik ke kampung aku. Sebab itu lebih baik ambik tiket keretapi daripada tiket bas.

Satu je masalah yang lazim dan sering berlaku sewaktu perayaan. Habis tiket. Aku bernasib baik. Mungkin rakan-rakan aku tidak. Rakyat Kelantan ramai yang belajar dan cari rezeki di sekitar Kuala Lumpur. Jualan segala jenis tiket laris di musim perayaan ni. Untung bagi mereka yang berniaga..

Bagi yang belum balik macam aku. Jom Balik!....

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...