klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Cuti + Study + Exam = ????

Salam semua.. 

Harapan balik kampung awal nak study kononya, tapi satu buku pun aku tak sentuh lagi... Haha.. Apa nak jadi neh.. Kat kampung ni memang resah gelisah aku tak de tenet.. Nasib baik ada Pustaka Desa.. Nanti kalau ada kesempatan aku research sikit pasal pustaka desa ni.. haha.. buku pub tak sentuh ni nak buat research pulak... hehe.. Ok la.. aku ada benda nak kongsi.. Sedang aku belek-belek fail dalam laptop, maklumlah internet tak ada, aku jumpa nota kawan aku bagi tentang tanda-tanda jatuh cinta.. Aku tak tahu mana dia dapat tapi aku da ubah ar sikit-sikit.. untuk kesesuaian pembawaan tema... haha.. Layan........



Buat abang/kakak semua tau tak dalam hidup kiter semua ni tersirat beribu-ribu rahsia yang korang  tak tahu, terutama sekali bab soal hati nih.. Susah betul nak ramal!! Ok lah ni aku nak citer sikit pasal.... Tanda-tanda awal jatuh cinta.....

Korang pasti ada ramai kawan, tapi dalam banyak-banyak tu korang asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat korang  ke tak.

Korang jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, korang jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia korang  automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Haha.. korang cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari korang..

Korang dapat jumpa dia sekali jer kadang dalam sebulan/seminggu sekali, so bila dapat jumpa dia korang rasa macam dunia ni korang yang punyalah... Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata korang  tapi korang  pun hairan kenapa korang  mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya korang simpan sampai penuh almari rumah tu.. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu korang gigit balik...ganas giler cam tuh… hehe

Kadang kala korang sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat korang tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya korang sendiri yang makan hati..tapi korang tak sedar kenapa korang buat macam tu.. Kenapa korang nak bagi dia jeles kat korang?

Korang percaya padanya. Korang sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. Korang juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan korang tapi korang tetap sudi melayan karenahnya.

Bila family korang sebut pasal jodoh, korang cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak korang dok terbayang-bayang korang bersanding dengan dia..

Hmm...itu adalah secebis perasaan korang kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa korang treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang korang ni dah jatuh hati padanya..

Korang tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA… Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri korang sendiri. Tahu kenapa? Sebab korang  punya ego tu tinggi sangat... Apa? Susah sangat ker korang nak bagitau yang korang ni betul-betul falling in love kat dia... Ops... I'm sorry, kalau korang ni perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri.. Tapikan kita tengok Siti Khadijah dan Nabi SAW, Siti Khadijah yang offer diri dia untuk jadi isteri Nabi SAW, then barulah Nabi SAW masuk meminang Khadijah.. Kesimpulannya di sini, either man or woman can do it.. nothing wrong with that… hehe

2010 bakal melabuhkan tirai, 2011 bakal menjelma dan kalau rasa tak sabar nak pegang tangan tok kadi... So kepada korang2 kat luar sana, kalau ada perasaan seperti yang aku senaraikan kat atas tu pada orang tertentu..selidiklah betul-betul then jangan tunggu lama-lama... Pepatah tokoh cinta… hehe ada mengatakan "Kecewa CINTA ditolak adalah lebih baik daripada kecewa terlepas CINTA". ;-)


******************************************

So,amacam you guys,ada yg terkena ker??? Kalau ada cepat-cepatlah korang bertindakn sebelum terlepas… yang perempua/laki tu bagilah respong yang sepatutnya… hehe J


One Response to Cuti + Study + Exam = ????

  1. haha XD.. thumbs up~!!

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...