klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

Friend Forever...

Salam  buat semua sahabat, kawan, teman, "saing" dan yang semua yang sama waktu dengannya.

Tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu.. Best... Rasa macam nak kembali ke zaman tu. Tapi mak kata, masa tak akan kebelakang... Tiba-tiba aku teringat iklan merdeka petronas... "Jalan Mesti ke depan bukan ke belakang".. Betul jugak kan...


Walau apa pun yang berlaku, kita mesti pandang ke depan bukan pandang ke belakang... Tapi kenangan tu tak boleh la nak lupa. Sejarah mesti diingat sentiasa. Kalau tak kita akan jadi alpa nanti.. 

Bak kata kawan aku; kalau dah ada kawan baru jangan lupa kawan lama. Tapi bagi aku semua sama. Sekali berkawan selama-lamnya akan berkawan. Selagi tak ada yang nak jadi musuh, duri dalam daging dan sebagainya. Buat apa cari musuh, nak pergi situ, sana, sini pun susah. Baik kita cari kawan.

Tapi hati-hati jugak la dengan kawan. Ada kawan yang makan kawan. Ni jenis gunting dalam lipatan. Tiba-tiba kena "ngap" dengan kawan sendiri. Aish.. Sadis kalau kena macam tu.

Alhamdulillah.. sepanjang kat sini, aku senang dengan kawan-kawan aku.. Ha.. kawan-kawan lama jangan la terasa hati ye.. Bukannya aku lupakan korang.. Nanti kalau ada masa kita jumpa.. Tak kira bila pun.. 10, 20, 30, tahun pun tak pe. Haha.. tak pun nanti dah beranak pinak nanti kita jumpa... Baru banyak cerita kan... Tak begitu..

Terima kasih la kepada yang sudi jadi kawan aku. Sebenarnya dulu aku ni bukannya orang yang aktif.. Pendiam je.. Tiba-tiba jadi macam ni.. Kalau aku diam tu, bukan aku bad mood ye.. Memang dah dari dulu aku macam ni.. Haha.. 

Aku syukur sangat ada kawan-kawan macam korang semua.. Tak kira kat UM ke, kat sekolah dulu ke.. Thank to all.. 

Ni ada lagu tuk korang..... pilih lah nak dengar mana satu... 
Enjoy it, Bye..............................






Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...