klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Seminar APK siri kedua

Hari ni 8 Oktober bersamaan dengan 29 Syawal 1431 Hijriah. Sedar tak sedar rupanya dah hari terakhir bulan Syawal rupanya. Selamat Hari Raya. Hehehe. Hari ni  jugak ada seminar APK kat Akademi. Memandang APK ni kursus wajib, maka semua terpaksa pergi. Ha, kalau tak pergi kena potong markah 5 %. Senang tak nak dapat markak kursus ni. Seminar ni ada dua kali, ni yang last la. Dua kali seminar kalau hadir dapat 10 markah. Senang tak. Haha.. Kalau nak senang baik buat kursus sendiri.

Gambar-gambar tu tak dapatlah nak diuploadkan sebab tak ada. Setakat ni aku masih belum berkesempatan nak beli kamera. Mungkin ada rezeki lebih tahun depan kot. Mudah-mudahan. Nanti mungkin entri aku akan lebih menarik la. Lepas ni jugak boleh la aku sebarkan dengan lebih meluas. Motif2. haha..

Sebelum aku terlupa, masa dalam seminar tu, penceramah tu ada bagi soalan kuiz dan aku nak kongsikan dengan korang semua. Tapi, sebelum tu,(macam buletin kat Hot FM) penceramah ni bekas pelajar kat tempat aku belajar jugak, UM. Ex- Student FSKTM (Sains KOm ringkasnya). Satu semangat yang melayakkan dia bergelar usahawan ialah kegigihan dan percaya pada diri. Dulu dia citer, habis study dia nak jadi kaya. Macam mana nak jadi kaya mestilah kerja sendirikan. Makan gaji takkan dapat jadi kaya punyer. Betul tak. Cukup makan pun dah kira untungkan. Syabas Bro, semoga anda akan terus sukses lagi. (puji sebab dengar cara cakap macam orang kampung aku je)
Ni la soalan-soalan kuiznya:

  1. Siapakah pengasas Apple?
  2. Namakan CEO Kumpulan Axiata?
  3. Berapakah jangkaan keuntugan PETRONAS suku pertama tahun ini?
  4. Berikan empat syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
  5. Siapakah pengasas Secret Recipe?
  6. Siapakah pengasas Skali Gruop? (x pasti ejaan skali ni betul ke tak)
  7. Namakan bank yang kedua terbesar di Malaysia?
  8. Namakan syarikat yang mengeluarkan My-Kad?
  9. Namakan nama negara yang merupkan dagangan terbesar Malaysia
  10. Bank terbesar di Singapura?
  11. Siapakah pengasas Virgin Air?
  12. Siapakah pengasas Facebook?
  13. Dimanakah terletaknya ibu pejabat MIDA?
  14. Namakan dua syarikat milik Ananda Krishnan?
  15. Siapakah CEO Pemodalan Nasional Berhad?
  16. Namakan pengasas Google?
  17. Namakan pengerusi Proton Holding Berhad?
  18. Siapakah penulis buku "Think Book"?
Haha.. cuba teka, banyak-banyak soalan ni berapa aku betul. Banyak la jugak. Sebab aku ada rahsia yang tersendiri. Haha.. kredit tu partner-partner aku. hahaha..

Kalau nak tahu jawapannya, nantikan edisi siasat berikutnya. Kalau korang rajin searh la kat tenet. Boleh jugak tambah pengetahuan amkan. Haha

Gua cau dulu...



Belaian Jiwa


Seindah tiada lagi yang ku ingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu bertapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir
Menentukan ia
Oh belaian jiwa

Suntuknya masa rupanya...

Haha... aku nak tulis versi 'centre',
kira ala-ala ceritera
nak cakap la tentang masa,
memang dia tak pernah tunggu kita

Pejam celik siang tukar jadi malam
Kalau tak rancang hidup pasti lintang pukang
ibarat hidup dalam gua kelam
silap-silap nanti terjun lubang

begitu suntuk masa sekarang
memang tak boleh dah nak temberang
kini rasa ibarat kat medan perang
kalau tak serang kita kena serang

suntuknya masa rupanya
ibarat pedang yang tajam matanya
tiada nilai yang boleh mengantikannya
hatta emas dan permata



Tali punya pasal...

Salam semua. Sudah agak lama gamaknya tak menjenguk laman ni. Nak kata sibuk taklah sangat, malas sebenarnya. Ni pun dah boring tahap paling boring dicapai setakat ni. Haha. Hari ni sekerat hari aku dihabiskan dengan tarik tali. Ha, SUKMUM 2010 dah pun bermula. Agak awal tahun ni... Maknanya seingat aku, dah dua kali la SUKMUM berlangsung tuk tahun ni sem 2 2009/2010 dan sem 1 2010/2011. Wah, tapi agak kelam kabut jugak la awal-awal ni. Apapun demi semangat kesukanan, semua rintangan dapat diatasi.

Tarik Tali : aku rasa satu-satu acara SUKMUM yang boleh aku masuk walaupun harapan nak menag tu agak tipis. Haha, mana taknya, kalau ikutkan, ramai kot atlet yang main untuk UM dan ada yang jadi wakil Malaysia serta negeri masing-masing. Tapi untuk pengalaman, apa salahnya kan. Haha. Tapi lepas tarik tu, mak oi... korang rasa la, kalau nak tahu macam mana. Kesakitan urat berikutan kurang pengalaman dalam acara ini. Apapun sangat best main benda ni..

Dulu aku pernah tengok kat kampung, masa ada sukan rakyat atau sukan kat sekolah, masa nak tutup perlawanan tu diadakan acara penutup tarik tali. Aku ingat tarik tali ni mainan orang-orang kampung je. tak sangka sekrang ni permainan tradisional ni dah diangkat menjadi sukan yang berprestij. Nampak sangat aku tak ambik tahu pasal sukan kan. Tapi ni aku nak bagi tahu macam mana peraturan dia bila dah jadi pertandingan.
  1. Permainan ini memerlukan 8 orang pemain yang akan memasuki gelangang bagi setiap pasukan. Tiada had masa tarikan. Pasukan yang berjasa melepasi penanda yang ditanda pada tali melebihi garisan yang telah ditetapkan akan dikira sebagai pemenang.
  2. Pemain tidak dibenarkan untuk duduk semasa menarik tali. Jika didapati pemain duduk, pengadil akan memberi amaran sebanyak tiga kali dan untuk kali yang ke berikutnya, pengadil akan meniup wisel dan mengishtiharkan kemenangan kepada pihak yang tidak melakukan kesalahan.
Tu je kot, aku rasa ada lagi, ni pun aku dapat masa taklimat sebelum game bermula. haha.. untuk sahih pandai-pandai la korang cari dan rujuk pak cik google. ni ada gambar sikit masa main tarik tali tu.

Sedia nak tarik
Masa nak daftar


Tarik jangan tak tarik

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...