klik2

Popular Posts

Tweet-tweet

Followers

Arkib

Chit Chat

BlogMalaysia.com

Mengimbau Kenangan

Alhamdulillah, setelah menjalani latihan Induksi Pembantu Mahasiswa Fasa I dan Fasa II, kami diberikan cuti oleh pihak kolej kediaman sebelum meneruskan latihan fasa yang berikutnya disamping menjalankan gerak kerja bagi menyambut bakal-bakal mahasiswa UM yang baru. Walaupun latihan itu penat, namun ia menerbitkan sinar kegembiraan dan keseronokan kepada aku dan rakan-rakan khususnya mereka yang pertama kali menjadi pembantu mahasiswa. Pelbagai ilmu diberikan kepada kami dan Insya-allah akan dimanfaatkan ketika mereka datang untuk memulakan dunia baru kehidupan di universiti.

Baru-baru ni jugak aku ada pergi melawat sahabat-sahabat dan adik-adik aku kat sekolah masa aku tingkatan 6 dulu. Banyak kenangan aku bersama mereka yang tak dapat aku lupakan. Kalaulah ada kuasa macam Doraemon ke, nak je aku kembali pada zaman tu. Namun, masa tak akn kembali dan akan terus berjalan sehingga tiba masanya nanti. Bak kata orang masa tu macam emas, macam pedang dan macam-macam lagi. Masa yang pergi tak akan kembali lagi. Walau apa pun kehidupan mendatang mesti ditempuh.

Kedatangan aku disambut baik oleh mereka. Masing-masing sibuk menanyakan apa yang aku buat kat UM. Yang lucunya ada yang panggil aku 'Cikgu' walhal aku tak ambik satu pun kursus atau subjek pendidikan kat UM. Apapun aku layan je dan berikan penjelasan yang sebenar. Buka apa takut terkeliru. Aku faham kenapa mereka panggil macam tu, sebelum aku pergi interview pendidikan sebelum ni, aku ada pergi ke tempat mereka. Sebab tu lah diorang panggil aku 'cikgu'. 

Ada diantara mereka yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada tahun ni. Dikesempatan ini aku nak ucapkan semoga berjaya kepada sahabat-sahabat dan adik-adikku yang bakal menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Buat yang terbaik untuk diri anda, ibu bapa dan sekolah anda. Balas jasa kedua orang tua anda yang telah banyak berkorban untuk anda. Semoga Berjaya.!! aku sentiasa mendoakan kejayaan korang semua dan kalau boleh bersama-sama dengan aku disini. 

Good Luck Geng!!

Selamat Bercuti

Salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar semester kedua pengajian aku kat Malaya tercinta ni dah pun habis. Setahun yang berlalu amat cepat. Aku mengharapkan keputusan peperiksaan yang baik bagi semester kali ini walaupun pada dasarnya usaha aku bagi menghadapi peperiksaan kali ini agak kurang 'semangatnya' berbanding dengan awal-awal aku masuk ke bumi Malaya ini. Apa pun semua telah berlalu dan aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada kawan-kawan yang bercuti dan selamat menjalankan komitmen bagi yang tidak bercuti. Manfaatkan cuti anda dengan melakukan aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda. Sebagai mahsiswa, kita seharusnya sentiasa produktif dengan pelbagai pendekatan disamaping dapat membantu golongan di sekeliling yang memerlukan bantuan kita.

Sekian, SALAM UKHWAH..

Selamat bercuti semua.

Link Xchange

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...